Now Playing Riza terus elak jawab soalan media

PUTRAJAYA - Selepas sembilan jam disiasat (termasuk waktu rehat solat Jumaat), akhirnya anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Riza Shahriz Abdul Aziz dilihat keluar daripada bangunan itu pada jam 7.35 petang menaiki sebuah kereta jenis Audi berwarna hitam.

Beliau yang duduk di belakang tempat duduk pemandu memakai baju polo berwarna kuning cair dan memakai kot berwarna hitam.

Cubaan media untuk mendapatkan komen daripadanya tidak berhasil apabila Riza tidak melayan soalan wartawan malah langsung tidak membuka tingkap kereta.

Untuk rekod, Riza, 41, tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 9.40 pagi tadi bagi menyambung keterangannya kepada suruhanjaya itu berhubung skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures yang didakwa menerbitkan filem The Wolf Of Wall Street menggunakan wang diseleweng dari 1MDB.

[ ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: SPRM enggan ulas pembabitan Riza Aziz ]

Memetik laporan New York Times, pada 19 November 2012, Riza dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, Amerika Syarikat.

Menurut laporan itu, Riza membeli sebuah megapuri (penthouse) dilengkapi tujuh buah bilik bernilai RM 110 juta.

Laporan tersebut menyebut unit megapuri itu dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Komen
Berita Terkini