Now Playing Raja Muda Perak meriahkan Karnival Sukan

Kehadiran Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa memeriahkan lagi perasmian Karnival Sukan 100 Tahun SMK Anderson di padang sekolah berkenaan hari ini. Setiausaha karnival, Azana Rita Abdul Aziz menyifatkan kehadiran Raja Jaafar diiringi Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan menyemarakkan lag​​i semangat kejohanan kali ini. Difahamkan, karnival itu juga menganjurkan majlis makan malam yang bakal dihadiri bekas pelajar sekolah tersebut. Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Komen
Berita Terkini