Now Playing Pawe penjagaan terbaik kepada warga emas

Kewujudan Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe), dilihat mampu memberikan penjagaan terbaik kepada golongan warga emas khususnya di negeri ini. Difahamkan, Pawe turut menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh dimanfaatkan golongan warga emas berkenaan bagi mengisi masa terluang selain mengatasi rasa kesunyian mereka (warga emas), yang kebiasaannya tinggal  di rumah setelah anak atau cucu keluar bekerja. Justeru, sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Bapa Pawe, Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Hotel Kinta Riverfront, baru-baru ini Pengerusi Pawe Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, Datuk Tan Lian Hoe mencadangkan agar pusat berkenaan diwujudkan di setiap kawasan parlimen di negeri ini. Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI

Komen
Berita Terkini