Now Playing Pas tak akan sesekali gadai prinsipnya

KUALA TERENGGANU - Prinsip perjuangan Pas tidak akan berubah walaupun di saat menang atau kalah kerana perjuangannya bukan berteraskan kepada individu, sebaliknya berpegang kepada prinsip dan dasar Islam.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, disebabkan itu, walaupun kepimpinan Pas bertukar dan dengan pelbagai cara kepimpinan daripada dahulu sehingga sekarang, dasarnya tetap tidak berubah.
Jelasnya, walaupun ada yang mengatakan Pas rugi daripada segi politik kerana mempertahankan jati dirinya, parti itu tetap berpegang kepada prinsip dan dasar yang jelas.
Lapor Mojo Sinar Harian Terengganu, RAHAYU MUSTAFA & FARAH SHAZWANI ALI.

Komen
Berita Terkini