Now Playing Jenazah Shuhaimi tiba di masjid

Suasana hiba menyelubungi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika jenazah Adun Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei tiba di masjid tersebut.
Jenazah bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu tiba kira-kira jam 1.15 petang.
Solat jenazah akan ditunaikan di masjid sama selepas selesai solat Zohor.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini, dijangka selepas solat Asar.
Shuhaimi, 50, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, 11.05 pagi, dipercayai akibat kanser limfoma.
Laporan Mojo Sinar Harian, Ridauddin Daud.

Komen
Berita Terkini