Now Playing Hubungan Ziana, Armin putus terpaksa

SELEPAS 20 tahun mendirikan rumahtangga bersama, bekas pramugara syarikat penerbangan, Armin Zaharin Ahmad akhirnya melafazkan cerai terhadap penyanyi, Ziana Zain sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Lafaz talak satu itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar jam 2.48 petang selepas membenarkan permohonan Armin mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Selangor.

Laporan Mojo Nasional Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan

Komen
Berita Terkini