Now Playing Hargai pengorbanan anggota keselamatan, beruniform

Sebanyak 3,000 kotak tambahan juadah raya disumbangkan kerajaan negeri Perak kepada anggota keselamatan dan beruniform bagi sambutan Aidilfitri kali ini. Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya 2018 Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Pasukan Keselamatan dan Pasukan ​Beruniform di Dewan Bankuet disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, baru-baru ini. Tambahan juadah raya itu diharap dapat menceriakan lagi semangat meraikan Aidilfitri anggota keselamatan dan beruniform yang bertugas demi agama, bangsa dan negara. Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Komen
Berita Terkini