Now Playing Arwah mahu anak-anak teruskan legasi pemikiran

ADUN Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin menerima rawatan di Hospital Putrajaya selama tiga hari sebelum meninggal dunia jam 6.28 petang, semalam.
Anak sulung allahyarham, Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin, 30, berkata, keadaan kesihatan ayahnya merosot sejak sebulan lalu.
Menurutnya, ayahnya berharap anak-anak mampu mewarisi legasi pemikiran dan idea untuk masyarakat.
Terdahulu, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis, di sini jam 10 pagi tadi.
Allahyarham meninggalkan  balu, Adibah Ahmad, 56, dan enam orang anak serta seorang cucu.
Laporan Mojo Sinar Harian, NORAFIZA JAAFAR.

Komen
Berita Terkini