Now Playing 1MDB: Bekas Pegawai Khas Najib direman

PUTRAJAYA - Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana syarikat pelaburan, 1MDB.

Lelaki 42 tahun disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana rasuah.

Beliau yang bekerja dengan Najib sejak 2009 dipercayai individu pertama yang direman berkaitan kes berkenaan.

Dia yang merupakan bekas pengarah Khazanah ditahan SPRM 9.45 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.

Laporan Mojo Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Komen