Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin menafikan bahawa kementeriannya lambat bertindak susulan insiden pencemaran udara di Pasir Gudang. Menurutnya, perlu ada kajian lebih spesifik bagi menentukan punca kejadian terbabit.