1. Anwar isytihar harta RM10juta kepada SPRM
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan hartanya yang bernilai RM10.75 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Setiausaha politiknya, Shukri Saad dalam satu kenyataan berkata, antara harta diisytiharkan anggota parlimen Port Dickson itu ialah, rumah di Bukit Segambut yang dianggarkan bernilai RM9.5 juta.
Katanya, kediaman itu pada mulanya dibeli Anwar pada harga RM4.5 juta selepas rumah terdahulu di Bukit Damansara dijual pada 2005.
“Turut diisytiharkan, sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada 1974 dengan harga RM7,000.
Awal Januari lalu, Anwar menegaskan beliau mempunyai masa tiga bulan sebelum mengisytiharkan harta kepada SPRM.
Tempoh itu berkuat kuasa selepas beliau mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Port Dickson pada 15 Oktober lalu.
2. Royalti Kelantan, Kerajaan bayar April depan: Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Persekutuan dijangka menyelesaikan royalti petroleum yang menjadi tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan April depan selepas Kerajaan Negeri menyelesaikan proses menarik balik saman di mahkamah.
Tambahnya lagi, Kerajaan Persekutuan bagaimanapun telah membayar sebahagian daripada tuntutan tersebut, manakala selebihnya tertangguh kerana pertikaian melibatkan saman yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Persekutuan dan Petronas.
Sebelum ini Kerajaan Negeri telah menarik saman yang dikemukakan ke atas Kerajaan Persekutuan dan Petronas berhubung isu tuntutan royalti petroleum di kawasan bertindih di Joint Development Area (IDA), 120 batu nautika dari perairan Kelantan
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub pada 14 Jan lepas memperbaharui permohonan tuntutan royalti petroleum dengan Kerajaan Persekutuan menerusi pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.
3. Genap 5 tahun, MH370 kekal misteri
Hari ini genap lima tahun penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak di selatan Lautan Hindi dan persoalan paling penting dalam misteri penerbangan terbesar di dunia itu masih belum dijawab, di manakah anda dan apa sebenarnya yang terjadi?
Kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan dari kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dengan membawa 239 penumpang terus membelenggu fikiran pakar penerbangan, anggota keluarga, sahabat dan seluruh dunia misteri kehilangan nya.
Operasi pencarian terakhir pesawat itu berakhir Mei tahun lepas apabila syarikat eksplorasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan perncarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi.
Sehingga kini, hanya tiga serpihan sayap, dikenali sebagai flaperon, disahkan berasal dari pesawat Penerbangan MH370.
4. Jangan pinggirkan golongan wanita: Nurul Izzah
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, menyeru masyarakat agar tidak meminggirkan mana-mana golongan wanita dalam menyambut Hari Wanita Sedunia, yang disambut hari ini.
Katanya lagi, tidak kira latar belakang, semua wanita wajar dihargai kerana setiap sumbangan mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara.
‘Posisi yang dijawat oleh seseorang individu merupakan satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan satu hari nanti, justeru adalah penting ia digunakan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik,’ katanya.
Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac, dengan tema tahun ini #BalanceForBetter, yang berteraskan keseimbangan jantina bagi lelaki dan wanita.
5. Jordon Boy wakili Malaysia di pentas ONE:A New Era di Tokyo
Pejuang Muay Thai ONE Championship Mohammed “Jordan Boy” Mahmoud diberi penghormatan membawa nama Malaysia ke Jepun hujung bulan ini.
Venue di Ryogoku Kokugikan, Tokyo bakal menyaksikan ONE Championship memasuki pasaran Jepun buat julung kalinya menerusi acara ONE: A New Era.
Mohammed mengakui beliau, terkejut dan teruja apabila terpilih mewakili negara dalam aksi bersejarah ini.
“Tambahnya lagi, dia menerima cabaran ini dengan tangan terbuka, dan akan memastikan untuk tidak menghampakan rakyat Malaysia,” jelas pemuda berusia 22 tahun ini.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur ini menjadi perhatian peminat sukan bela diri campuran apabila berjaya menumpaskan lawan secara ‘knock out’ dalam aksi sulungnya bertemu The Greek Dynamite’ Mikkios, Disember lalu.