Gelagat seekor anjing liar yang muncul secara tiba-tiba di atas pentas peragaan telah mencuri perhatian penonton di India.
Kejadian itu berlaku ketika model sedang memperagakan pakaian dihasilkan pereka Rohit Bal.
Menerusi rakaman video, haiwan tersebut turut ‘catwalk’ di atas pentas tanpa menghiraukan acara yang sedang berlangsung yang kemudiannya terpaksa diusir kru bertugas.
Penonton dan model yang memperagakan pakaian turut tersenyum melihat gelagat anjing itu.
Sebelum ini, insiden sama juga dilaporkan di acara peragaan di Istanbul pada Oktober lalu apabila seekor kucing dilihat naik ke pentas dan melakukan ‘catwalk’ tanpa mempedulikan penonton.