Penyanyi Indonesia, Ahmad Dhani Prasetyo dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial.
Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmoho, dalam keputusannya berkata, pengasas kumpulan Dewa 19 itu terbukti menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan.
Katanya, Ahmad Dhani menyuruh, melakukan dan menyebarkan perkara kebencian berkaitan sesuatu golongan berdasarkan suku, agama dan ras melalui akaun twitter miliknya.
Penyanyi lagu Separuh Nafas itu terbukti bersalah dengan sengaja dan tanpa hak menyebarkan maklumat untuk menimbulkan rasa kebencian dalam masyarakat.
Ahmad Dhani dijadual membuat persembahan Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia pada 2 Feb ini.
Selain Ahmad Dhani, vokalis, Arri Lasso dan Once Mekel yang pernah mewarnai era kegemilangan band itu sejak ia ditubuhkan juga dijangka hadir ke negara ini bagi memeriahkan suasana.
Untuk rekod ciapan yang dibuat Ahmad Dhani itu berlaku ketika proses pemilihan gabenor Jakarta sedang hangat di Indonesia.