Agong ke-16 dipilih hari ini
Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun.
Pemilihan akan dibuat melalui pengundian oleh sembilan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.
Kekosongan jawatan Ketua Utama Negara itu berikutan peletakan jawatan Sultan Muhammad V menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari lalu, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah institusi beraja di negara ini.
Susunan penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong dilakukan di atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu , Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Pahang sedia ambil alih bayar elauan Tok Batin: Tok Mat
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan negeri Pahang sedia mengambil alih pembayaran elaun kepada Tok Batin, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) enggan berbuat demikian.
Beliau yang kini menjalankan tugas presiden parti berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Kata beliau, walaupun sebelum ini (didakwa) ada ugutan terhadap Tok-tok batin bahawa jika didapati sokong BN, elaun mereka ditarik.
Sehubungan itu katanya, beliau telah pun berbincang dengan menteri besar, jika perkara yang tidak sepatutnya itu berlaku, maka Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil alih pembayaran elaun tersebut dari kerajaan pusat.
‘Wahai Kit Siang, Orang Asli sudah warganegara penuh’
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berseloroh menyatakan veteran DAP, Lim Kit Siang terus membuat beliau terhibur dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan.
Katanya, kenyataan terbaharu Kit Siang pada sebelah semalam yang berjanji akan mewujudkan blueprint supaya Orang Asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang di Cameron Highlands.
Menurutnya, Kit Siang perlu sedar masyarakat Orang Asli memang sudah warganegara penuh Malaysia.
Kit Siang sebelum ini berjanji mengadakan perbincangan dengan wakil Orang Asli untuk mendraf blueprint bagi hak kamuniti tersebut jika PH memenangi PRK Cameron Highlands.
Teresa Kok tuntut permohonan maaf, ganti rugi RM30 juta
Menteri Industri Utama Teresa Kok menuntut permohonan maaf dan RM30 juta pampasan daripada Ketua Pemuda Pas Selangor terhadap satu artikel yang dianggapnya fitnah yang mendakwa beliau sebagai menentang Islam; atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Teresa, dalam surat tuntutannya mendakwa Syarhan Humaizi Halim menulis dan menerbitkan satu artikel di laman peribadi Facebooknya pada 19 Jan lepas, yang berupa menghina dan menfitnahnya.
Firma guaman itu berkata kandungan artikel itu dalam makna biasa dan semulajadi menggambarkan Teresa sebagai menentang Islam, rasis dan seorang menteri yang tidak adil dan tidak jujur.
TMJ hadiahkan jam Rolex buat pemain, staf JDT
Sebagai tanda penghargaan untuk usaha keras dan dedikasi setiap pemain serta staf dalam menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) kelab terbaik di Malaysia, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiahkan jam tangan Rolex buat mereka.
Menerusi Facebook JOHOR Southern Tigers (JST) yang memuatkan naik gambar keterujaan pemain skuad Harimau Selatan memilih jam masing-masing di sebuah butik jam berjenama mewah itu .
Sejak TMJ mengambil alih JDT pada 2013, pasukan itu telah menjadi kuasa besar bola sepak Malaysia dengan menggondol lima kejuaraan Liga Super secara berturut-turut, satu trofi peringkat serantau (Piala AFC) pada 2015, Piala Malaysia 2017 serta Piala FA 2016.