Dan sesungguhnya kami menjadikan apa yang ada di atas muka bumi ini, sebagai perhiasan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya? Allah mengingatkan pada kita untuk menghadapi akhir zaman ini, bahawa segala apa yang ada di muka bumi ini. Kita ada kereta, kita ada duit, kita ada kerja, kita ada keluarga, semua ini adalah perhiasan untuk nampak cantik, tapi cantik di mana? Cantik di sini, cantik di sini, ini tidak cukup tuan-tuan. Kita perlu cantik juga apabila sampai ke akhirat nanti. Bagaimana, kita baiki amalan kita? Gunakan kereta kita, duit kita, harta kita, untuk kita buat yang terbaik. Gunakan ilmu kita, kemahiran kita untuk memberi manfaat kepada orang ramai. InshaAllah kita akan dapat cantik sampai ke syurga