1. Polis siasat kematian Mejar Zahir disebabkan kecuaian
Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lepas menjurus kepada faktor kecuaian.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan beberapa individu akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Omar berkata setakat ini 11 individu termasuk anggota tentera yang terbabit dengan insiden tembakan itu telah dipanggil bagi memberi keterangan.
Khamis lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan penuh berhubung insiden itu termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.#
2.Guan Eng umpama ‘kera kena belacan’
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa MCA gagal bersuara terhadap kempen boikot produk bukan Islam.
Bahkan, beliau turut menyindir Guan Eng dan menyatakan Ahli Parlimen Bagan itu umpama ‘kera kena belacan’.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran video dimuat naik dalam laman Facebook beliau malam tadi.
Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, orang Islam berhak memilih produk halal dan mempertikaikan penguasaan bahasa Melayu Guan Eng sekiranya beliau merasakan kempen itu sebagai boikot barangan keluaran bukan Islam.#
Sekiranya kerajaan berhasrat memansuhkan skim lantikan tetap dan berpencen, gaji dan caruman penjawat awam perlu dinaikkan seiring dengan cabaran kehidupan serta kos sara hidup yang semakin meningkat.
Presiden Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas), Datuk Omar Osman berpendapat, memandangkan gaji kakitangan awam lebih rendah berbanding swasta, kerajaan perlu menaikkan sekali ganda dan caruman pekerja pada kadar sembilan peratus untuk pekerja dan 11 peratus untuk kerajaan selaku majikan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mencari jalan terbaik berhubung cadangan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen bagi memastikan ia tidak merugikan penjawat awam.
Menurutnya, tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan cadangan itu dan masih belum dibincangkan di peringkat Kabinet.#
Tidak memahami konsep perniagaan sebenar dalam Islam berkemungkinan punca tindakan melabel dilakukan terhadap Kempen Beli Produk Muslim sehingga dianggap rasis oleh pihak tertentu.
Timbalan Pengerusi Ummah Malaysia, Mohd Zai Mustafa berkata, kempen berkenaan bertujuan mengukuhkan ekonomi umat Islam menjalankan perniagaan secara harmoni, tiada diskriminasi atau penipuan sekali gus memohon keberatan Ilahi.
Menurutnya, tindakan melabel dengan mengistilahkan kempen sebagai rasis adalah tidak benar sama sekali memandangkan objektif utama adalah bermatlamat mahukan umat Islam arif dalam perniagaan.#
5. Bangladesh henti jual kad sim kepada pelarian Rohingya
Pengendali telefon mudah alih Bangladesh menerima arahan kerajaan untuk menghentikan penjualan kad sim baharu kepada pelarian Rohingya.
Empat pengendali berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk menghantar laporan berhubung langkah yang telah diambil bagi menghentikan talian data selain diarah berhenti menjual kad sim di kawasan kem.
Menurut beliau, rangkaian internet 3G dan 4G di kawasan terbabit turut disekat antara jam 5 petang hingga 6 pagi setiap hari.
Para pengendali bertindak menghadkan liputan di dalam Bangladesh sahaja berikutan dakwaan terdapat pelarian Rohingya di Myanmar turut menggunakan rangkaian terbabit. #