1. #TakutApaBossku pada Kit Siang: Najib
Populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di media social akhir-akhir ini dilihat melonjak naik dengan hantaran ‘troll’ buat Pakatan Harapan.
Malah #TakutApaBossku menjadi fenomena di laman social sehingga setiap hantaran Najib di Facebook mendapat ribuan reaksi dan perkongsian.
Dalam hantaran terbaru, Najib memberi #TakutApaBossku buat veteran DAP, Lim Kit Siang.
Tambah Najib, beliau hairan mengapa Kit Siang terlalu obsess dengan dirinya sehingga mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerang secara peribadi, walaupun beliau tidak lagi Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Ahli Parlimen Pekan itu juga mempersoalkan, mengapa Kit Siang tidak terus mengaitkan dirinya dengan kematian Altantuya Shaaribu, Teo Beng Hock, Timbalan Pendakwaraya, Datuk Anthony Kevin Morais dan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia( Ambank), Hussain Najadi.
2. Isu salib: Mujahid serah kepada Pulau Pinang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof meyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyelesaikan isu membabitkan lambing salib di sebuah bangunan kediaman di negeri itu.
Menurutnya, isu bersifat kenegerian itu mendapat respon daripada barisan pimpinan, mufti dan pemaju bagi Grace Residence, di Jelutong
Sementara itu, Mujahid mengingatkan semua pihak tidak mensensasikan perkara itu sehingga boleh mencetuskan kebencian, selain itu, pihak pemaju juga perlu sensitive mengenai isu ini’, katanya.
3. Pas tidak letak calon di PRK Semenyih, sokong calon BN
Pas membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurut Takiyuddin, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang semalam,
Jelas beliau, Pas mengharapkan PRK yang akan diadakan itu menghasilkan keputusan yang akan menguatkan pembangkang, terutama dalam DUN Selangor agar proses semak dan imbang yang dimainkan oleh pembangkang yang konstruktif, akan memberikan kebaikan kepada rakyat Selangor khususnya.
4. TNB beri ingatan kepada parti politik di PRK Cameron Highlands
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan semua parti politik tidak memasang apa jua bentuk kempen di mana-mana premis dan pemasangan elektrik milik syarikat utiliti Negara, sepanjang tempoh PRK Parlimen Cameron Highlands.
Larangan itu termasuklah menampal atau menggantung bahan-bahan kempen seperti poster, bendera dan sepanduk di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.
TNB melalui kenyataan media berkata, perbuatan tersebut amat berbahaya dan berisiko mengakibatkan renjatan elektrik dan percikan arka atau flasover yang bukan sahaja boleh merosakan harta benda, malah mengancam nyawa.
5. Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik