Now Playing Siapa Kata Anak Kampung Selamanya Miskin?

Pernah jatuh di timpa tangga, tetapi semangat Ilmirul Aznur Ismail tidak pernah padam.
Berkat doa keluarga, usaha dan peluang yang diberikan untuknya, beliau kini berjaya memiliki sebuah perniagaan bengkel yang maju.
Hidup anak muda ini berubah seratus peratus setelah guru lamanya telah memperkenalkan Mobilepreneur di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) kepadanya. Mobilepreneur ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membantu golongan belia Luar Bandar menjalankan perniagaan atau perkhidmatan tanpa modal yang besar.

Komen
Berita Terkini