Now Playing Dato’ Sharifah Shareen Nasreen Al Mashoor

Namanya sedang viral di merata media sosial. Masyarakat menyanjungnya sebagai ikon berhati emas, rajin berbahagi rezeki dan sempurna budi pekerti. Detik pertama kali bersua muka dengan The Gentlewoman ini, aura Dato’ Sharifah Shareen Nasreen Al Mashoor bertebaran menguasai suasana. Kredibiliti jutawan jelita ini sedikit pun tidak mengurangkan ketinggian budi bahasanya saat beliau menghulurkan salam perkenalan kepada Nona.

Komen
Berita Terkini