Now Playing Caliph Buskers Idam Studio Rakaman Untuk Buskers

SEBUAH kumpulan penyanyi jalanan atau buskers yang menggelar diri mereka Caliph Buskers berjaya mencipta fenomena selepas kemunculan mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 bersama kumpulan Mojo sehingga memenangi Anugerah Persembahan Terbaik pada malam itu.

Setelah didekati kru Sinar Online baru-baru ini, nyata kumpulan ini selain mempunyai cita rasa humor yang tinggi, mereka memasang impian untuk membantu sesama rakan buskers yang ada di negara ini.

Ikuti temu bual Sinar Online bersama anggota Caliph Buskers, Azmi, Zaki, Nirwan dan Syahzmeen yang berjaya diselit dalam kesibukan mereka sebelum membuat persembahan di Shah Alam, baru-baru ini.

Temu bual ini dijalankan sebelum Caliph Buskers membuat keputusan untuk akhirnya menandatangani kontrak selama setahun di bawah KRU Music.

Pastikan anda subscribe Sinar.TV dan ikuti kami di:
http://www.sinarharian.com.my
https://www.facebook.com/SinarHarian
https://twitter.com/SinarOnline
http://instagram.com/sinar.tv

Wartawan: Raziatul Hanum A. Rajak
Juruvideo: Md Nidzam Osman
Suntingan: Dhiyaul Ashraf

Komen
Berita Terkini