Now Playing Zaini enggan tabur janji 'bulan, bintang'

Tiada janji 'bulan dan bintang' yang akan ditaburkan calon BN Dun Gunung Semanggol, Zaini Cha semata-mata bagi meraih simpati rakyat sepanjang PRU14.
Bagaimanapun, Bendahari Umno bahagian Bagan Serai itu memberi jaminan Dun Gunung Semanggol akan mengalami transformasi pembangunan secara total sekiranya dia dipilih sebagai wakil rakyat dan mandat kerajaan negeri Perak masih kekal BN.
Menurutnya, pengalamannya pernah berkhidmat sebagai pegawai pembangunan Parlimen Bagan Serai kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainail Abidin Zin bakal dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengenal pasti aspek utama projek pembangunan yang perlu dilaksanakan segera.
LAPORAN MOJO SINAR HARIAN PERAK, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN.

Komen
Berita Terkini