Now Playing Wakil rakyat korban gaji

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan menyumbang gaji sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan bulan Mei berjumlah RM16,000 kepada kerajaan.
Tindakan itu dibuat sebagai tanda solidariti dan patriotik bagi membantu kerajaan membayar hutang negara.
Selain itu, tiga lagi wakil rakyat DAP, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar; Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh dan Adun Kepayang, Dr Ko Chung Sen turut menyumbang sebahagian gaji mereka untuk tujuan itu.
Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad.

 

Komen
Berita Terkini