Now Playing Undi awal lancar di Kem Briged 2

Proses mengundi awal bagi anggota tentera serta pasangan masing-masing di Kem 2 Briged berlangsung dengan lancar, semalam.
Kelancaran proses pengundian berkenaan turut dibantu kerjasama daripada anggota tentera serta pasangan yang datang ke pusat mengundi mengikut waktu yang telah ditetapkan iaitu mulai 8 pagi sehingga 5 petang.
Selain itu, faktor cuaca yang baik juga dilihat membantu melancarkan lagi proses pengundian semalam.
Laporan skuad Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Komen
Berita Terkini