Now Playing Tolong, bantu kami halau babi hutan

Penduduk Kampung Cik Zainal, Chemor memohon pihak berwajib menangani masalah ‘pencerobohan’ babi hutan di sekitar kawasan kampung berkenaan sejak kebelakangan ini. Difahamkan, biarpun  beberapa tindakan telah dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi mengatasi masalah berkenaan  sejak 2015, namun masalah pencerobohan babi hutan masih berulang dan kali ini ia lebih kerap berlaku. Malah kali ini, babi-babi berkenaan dilihat semakin berani untuk muncul secara berkumpulan di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan paling membimbangkan ada babi hutan yang boleh ditemui di kawasan rumah penduduk  yang tidak berpagar. Laporan MOJO Sinar Harian Edisi Perak, Shahrizal Ahmad Zaini.

Komen
Berita Terkini