Now Playing Tiga penjuru selepas raja bomoh ghaib

Parlimen Bagan Datuk yang sepatutnya menyaksikan pertembungan empat penjuru tidak berlaku selepas Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia, Ibrahim Mat Zin ghaib pada hari penamaan calon pagi tadi.
Ibrahim yang terkenal dengan gelaran raja bomoh tidak muncul di pusat penamaan calon Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Dato' (Sabda) dari jam 9 hingga 10 pagi hari ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga calon BN Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau dimaklumkan bahawa, Ibrahim tidak bertanding kerana diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.
Ikuti laporan Mojo Sinar Harian Bagan Datuk, Mohamad Hafizi Mohd Said.

Komen
Berita Terkini