Now Playing Tiada nakhoda mahu ambil alih kapal karam

Kejayaan kerajaan BN mentadbir Malaysia sehingga menjadi sebuah negara maju dan dicemburui dunia sejak 58 tahun lalu menjadi faktor utama parti pembangkang kepingin hendak mengambil alih Putrajaya pada PRU14. Calon BN Dun Titi Serong, Norsalewati Mat Norwani, 49, berkata, nafsu besar pihak pembangkang dapat dilihat menerusi pelbagai usaha memburukkan kerajaan BN seperti kononnya negara bakal mengalami kebankrapan sekiranya terus diperintah BN. Menurutnya, tiada nakhoda yang mahu mengambil alih kapal karam dan sekiranya negara sedang menuju ke arah negara bankrap, pastinya parti pembangkang enggan mengambil tanggungjawab untuk membetulkannya. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Khairil Anwar Mohd Amin.

Komen
Berita Terkini