Now Playing Tawar diri bertanding, cadang Umno Pas bergabung

AHLI Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi dalam Pemilihan Agung Umno, akan datang.

Kesediaan itu adalah bagi memainkan peranan baharu membantu mengukuhkan parti pada masa sama mengembalikan semula kegemilangan Umno sebagai parti keramat membela kepentingan Melayu.

Pada masa sama, Tajuddin mencadangkan Umno dan Pas bergabung pemikiran dan tenaga mewujudkan satu blok baru yang kuat yang berperanan menjaga kepentingan Melayu.

Gabungan itu diyakini boleh memberi cabaran besar kepada kerajaan Pakatan Harapan dan penyokongnya.

Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, Normawati Adnan dan Noor Ainon Mohamed Yusof

Komen
Berita Terkini