Now Playing Tanam strawberi di rumah

KODIANG - Bermula daripada minatnya yang gemar bertani, seorang bekas pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) kini memiliki lebih 1,000 pokok strawberi pelbagai jenis. Pemilik D'Seyra Laman Fig & Strawberi, Profesor Aziz Romli, 59, berkata, minat menanam strawberi ini muncul setahun lalu setelah melihat pokok milik rakannya ketika menghantar pesanan pokok tin. Beliau yang turut dibantu oleh isterinya, Nurul Huda Abdul Halim,40, kini memiliki lebih 1,000 pokok strawberi dari lima jenis seperti Royal 80, Albyon, JB Sweet, dan Snow Rabbit, serta Japan Sweet Charlie yang ditanam di rumah mereka di Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, di sini. Laporan oleh Roshila Murni Rosli, Mojo Sinar Harian Kubang Pasu.

Komen
Berita Terkini