Now Playing Tak halang sertai Bersatu

Rakyat di negara ini bebas untuk menyertai Bersatu selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, sebagai sebuah parti yang mengamalkan konsep terbuka, orang ramai bebas untuk menyertai parti berkenaan dan berhak mengisi borang permohonan keahlian.
Bagaimanapun katanya, mengisi borang permohohan keahlian itu tidak semestinya menjadikan seseorang itu sebagai ahli
sebagaimana tindakan Bersatu Negeri Perak tidak menerima permohonan keahlian daripada bekas Adun Behrang, Jamaluddin Md Radzi baru-baru ini.
Laporan skuad Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Komen
Berita Terkini