Now Playing Rumah terbakar, hilang tempat berteduh

PENDANG - Kehilangan tempat tinggal ekoran kebakaran memaksa seorang warga emas bersama seorang anak dan menantunya mengharapkan belas ehsan rakan-rakan untuk menumpangkan mereka.
Jahya Salleh, 77, kini tinggal bawah pokok bersama anak dan menantunya ekoran rumah mereka di Kampung Jelutong hangus dijilat api pada 16 Mei lalu.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam 02084020114405 atas nama Ros Norozita Jahyar.
Laporan Mojo Sinar Harian Utara, NorJuliana Yaacob.

Komen
Berita Terkini