Now Playing Projek mega pindahan air agenda utama

Agenda pelaksanaan projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Kolam Bukit Merah bakal menjadi tumpuan utama calon BN Parlimen Bagan Serai sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat selepas 9 Mei ini. Calon BN Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pelaksanaan projek mega itu amat penting bagi memastikan bukan sahaja masalah sistem pengairan sawah padi dapat diselesaikan, malah turut membantu menangani masalah banjir atau kemarau yang sering berlaku di daerah Kerian. Menurutnya, sehingga kini, lebih 80 peratus penduduk daerah Kerian yang merupakan golongan pesawah mengalami masalah meningkatkan hasil padi berikutan kerap berlaku banjir dan kemarau yang akhirnya mengakibatkan padi rosak. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Khairil Anwar Mohd Amin.

Komen
Berita Terkini