Now Playing PKNP mahu baiki kelemahan

PKNP FC bakal memperbaiki segala kelemahan berikutan kekalahan 1-2 kepada Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, semalam.
Skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu turut tampil tanpa beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan termasuk penyerang import baharu, Karl Maxx Danny yang dilaporkan patah pergelangan buku lali.
Biarpun mengejutkan pelawat menerusi jaringan pemain import Ritus Krjauklis seawal minit ke-2, PKNP FC dilihat gagal mengekang asakan-asakan pelawat dan sekali gus menyaksikan dua pemain gentian skuad Tok Gajah, Mohamadou Sumareh dan Mohd Faisal Abdul Halim masing-masing meledak jaringan pada minit ke-74 dan minit ke-93 masa kecederaan.
Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Komen
Berita Terkini