Now Playing Perlawanan berdepan Terengganu FC aksi terbaik TBG

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menyifatkan perlawanan Unifi Liga Super 2018 berdepan Terengganu FC Ahad lalu, sebagai aksi terbaik yang dipersembahkan kesebelasan skuad The Bos Gaurus itu, setakat ini. Durakovic jelas berbangga dengan kemenangan berkenaan yang sekali gus menyaksikan skuad Kejor Yeop Skor itu berada pada kedudukan kedua dalam carta Liga Super ketika ini. Bagaimanapun, Durakovic enggan mendabik dada atas kemenangan berkenaan dan menyifatkan perjalanan untuk mencabar kedudukan puncak liga masih jauh kerana perlu berdepan dengan pasukan-pasukan handalan lain seperti JDT, Pahang, Terengganu dan lain-lain. Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, Shahrizal Ahmad Zaini.

Komen
Berita Terkini