Now Playing Perkembangan terkini dari Istana Kinta

Bermula jam 11.35 pagi tadi, 29 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Harapan mula masuk ke Istana Kinta untuk mengadap.
Antara yang awal hadir adalah Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty, Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari, Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan Adun Hulu Kinta, Mohamad Arafat.
Orang kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddun serta beberapa pegawai tertinggi kerajaan negeri juga dilihat masuk ke istana.
Tiga wakil media rasmi iaitu RTM, Bernama dan Astro Awani turut dipanggil masuk ke dalam Istana Kinta bagi  menyaksikan majlis mengadap berkenaan.
Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Normawati Adnan.

Komen
Berita Terkini