Now Playing Penamaan calon bebas Sungai Rapat ditolak

Hanya satu borang pencalonan ditolak pada hari Penamaan Calon Parlimen Gopeng P.071, apabila keputusan pengesahan calon bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Gopeng, Shahrul Azam Shaari pada 12.30 tengah hari, tadi.
Borang pencalonan daripada calon bebas Dun Sungai Rapat N44, G.Balachandran ditolak kerana pencadang dan penyokongnya didapati berdaftar di luar kawasan Gopeng.
Dalam pada itu, semua pencalonan melibatkan calon Parlimen Gopeng P.071, Sungai Rapat (N44), Simpang Pulai (N45) dan N46 (Teja), sah diterima.
Penamaan calon Parlimen Gopeng P.071 turut menyaksikan pencalonan baharu Mohd Arif Abdul Latif (Pas) bagi Dun Teja, N46.
Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, Shahrizal Ahmad Zaini.

Komen
Berita Terkini