Now Playing Niat nak tegur tapi dilibas parang
TELUK INTAN - Niat seorang guru yang juga mangsa amukan seorang lelaki di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, Bagan Datuk menegur lelaki tersebut ketika berselisih bertukar tragedi apabila dia dilibas di muka menggunakan parang, petang semalam.
Mangsa, Redhuan Embi, 32, berkata, ketika kejadian dia baru sahaja pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rungkup menuju kerumahnya di kampung berkenaan selepas tamat sesi pembelajaran kira-kira 2.15 petang.
Ikuti laporan MOJO Sinar Harian Hilir Perak, Mohamad Hafizi Mohd Said.
Komen
Berita Terkini