Now Playing Masih terkejut hingga minta air penawar

Walaupun kejadian tiga beradik dua hingga lima tahun maut dikelar dalam kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Muhammad, Bagan Datuk berlalu hampir seminggu, penduduknya masih lagi berada dalam keadaan trauma. Malah ada antara mereka tidak lalu makan serta lemah semangat hingga terpaksa meminta air penawar dari Ustaz. Nenek saudara mangsa  Salbiah Idris, 72 tahun yang menyaksikan serta mendengar jeritan mereka ketika dikelar, berkata ia masih terngiang-ngiang ditelinganya hingga kini. Ikuti Laporan MOJO Sinar Harian Bagan Datuk, MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

Komen
Berita Terkini