Now Playing Kerang tepanyaki padu di Warung Udang Lipan

Pengalaman sebagai pelopor utama premis hidangan kerang di Kerian sejak lebih 15 tahun lalu memberi idea kepada Warung Udang Lipan untuk mencipta kelainan dan nafas baharu dalam menu.
Pemiliknya, Azman Ibrahim,56, berkata, di premisnya terletak di Parit Haji Wahab, Parit Buntar, pengunjung bukan setakat boleh menikmati hidangan kerang atau siput disajikan secara rebus atau bakar.
Malah, Azman turut memperkenalkan menu unik terbaharu dipanggil ‘Kerang Tepanyaki’ dan ‘Sotong Tepanyaki’ menyebabkan premisnya diserbu pengunjung dan pelanggan setia setiap malam sepanjang bulan Ramadan.
IKUTI LAPORAN MOJO SINAR HARIAN PERAK, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN, NIZAM RAMLI & SYAHID

Komen
Berita Terkini