Now Playing Kaji semula lokasi pusat pengundian: Pas

PARIT BUNTAR - Calon Pas Dun Kuala Kurau, Abdul Bahrin Md Desa digesa mengkaji semula kesesuaian lokasi pusat pengundian Sekolah Menengah Agama (SMA) Shamsul Maarif, Tanjung Piandang di sini pada PRU akan datang.
Abdul Bahrin berkata, gesaan itu dibuat berikutan lokasi itu dianggap kurang bersesuaian susulan berlaku kesesakan jalan raya teruk di hadapan pusat pengundian di samping tidak dapat menampung keperluan 2,500 pengundi di situ.
Menurutnya, selain itu, kegagalan penyediaan anggota keselamatan untuk bertugas mengawal lalu lintas menyebabkan keadaan jalan sesak dan pengundi hadapi kesukaran akses untuk ke tempat mengundi.
Lapor Mojo Sinar Harian Perak, Khairil Anwar Mohd Amin.

Komen
Berita Terkini