Now Playing JPN Perak, Nestle edar 100 peket bubur lambuk

Dianggarkan sebanyak 100 peket bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak sempena Program Masak dan Agihan Bubur Lambuk Kelab JPN Perak bersama Nestle di Dataran Atrium, Jabatan Pendidikan Perak, hari ini. Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Mat Lazim Idris sempat meluangkan masa untuk menyempurnakan gimik perasmian program berkenaan bersama dengan, Pengurus Persampelan dan Penajaan Nestle Wilayah Utara, Mohd Ismail Osman. Difahamkan, program yang dianjurkan sejak 2015 itu secara keseluruhannya adalah program khidmat sosial (CSR) pihak Nestle bersama beberapa agensi di sekitar negeri ini. Laporan MOJO Sinar Harian Edisi Perak, Shahrizal Ahmad Zaini.

Komen
Berita Terkini