Now Playing Hilang ahli keluarga sekelip mata

Muhammad Badrul Hafiz Mohd Jamil, 22, tidak dapat menahan kesedihan apabila ayah, ibu serta adiknya maut dalam kemalangan di KM 30 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan di Kampung Teluk Memali petang semalam. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.24 petang itu, tiga beranak Mohd Jamil Utok, 46, isterinya Rohaida Sidak, 48, dan anak mereka Nor Syarina, 19,  yang menaiki kereta Produa Myvi telah bertembung dengan Hilux yang datang dari arah bertentangan. Akibat pertembungan itu, Rohaida dan anaknya maut di tempat kejadian manakala suaminya meninggal lima jam kemudian ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan. Akibat kejadian itu, Muhammad Badrul kini tinggal sebatang kara. Laporan MOJO Sinar Harian Perak Siti Safa Mohd Nor.

Komen
Berita Terkini