Now Playing Guan Eng jumpa Mahathir pagi ini

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng  menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai berhubung pelantikannya sebagai Menteri Kewangan, pagi tadi.
Isu berkaitan kelayakan beliau menyandang jawatan utama itu timbul susulan Guan Eng masih berdepan tuduhan rasuah  berhubung pembelian banglonya yang didakwa di bawah harga pasaran dan didakwa melibatkan penukaran sebidang tanah.
Bagaimanapun usaha pemberita untuk mendapatkan reaksi beliau tidak berjaya.
Kenderaan yang membawa Guan Eng meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana kira-kira jam 10 pagi.

Komen
Berita Terkini