Now Playing Bantu BN kembalikan kerusi Parit Buntar

Sokongan rakyat Parlimen Parit Buntar ditagih BN Parlimen itu bagi merampas kembali tiga kerusi melibatkan Parlimen Parit Buntar, Dun Kuala Kurau dan Dun Titi Serong setelah disandang parti pembangkang sejak 10 tahun lalu.
Calon BN Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, sokongan rakyat amat penting bagi memastikan Parit Buntar kembali dimajukan oleh kerajaan BN Perak setelah tertinggal daripada pelbagai aspek gara-gara wakil rakyat pembangkang tidak berfungsi.
Laporan Mojo Sinar Harian Perak, Khairil Anwar Mohd Amin.

Komen
Berita Terkini