Now Playing 'Badai' PRU: 15 rumah terjejas ribut

Kemeriahan sambutan PRU14 memasuki hari ketujuh kempen dikejutkan dengan kejadian ribut kencang yang menjejaskan 15 rumah penduduk Kampung Tebuk Panchur, di sini semalam. Kejadian ribut yang melanda susulan hujan lebat selama dua jam itu menyebabkan dua rumah mengalami kerosakan serius, manakala lebihan rumah terjejas sedikit di bahagian bumbung. Mangsa kejadian, Mohd Kassim Abdullah,50, berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 4.30 petang sewaktu dia bersama kesemua ahli keluarga berada di ruang tamu rumah. Menurutnya, ketika itu, keadaan hujan sangat lebat dan secara tiba-tiba keseluruhan bumbung rumahnya diterbalikkan ribut dalam sekelip mata. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Khairil Anwar Mohd Amin.

Komen
Berita Terkini