Now Playing Atok Lure pasarkan umpan hingga ke AS

SEORANG kaki memancing dari Taman Tunku Maheran di sini, tidak menyangka minatnya mencipta umpan tiruan  berjaya membawa namanya terkenal dalam kalangan pemancing dalam dan luar negara termasuk Amerika Syarikat.
Pembabitan Azizul Azmi, 40, dalam bidang ini bermula pada tahun 2009, yang mana ketika itu umpan yang dihasilkan adalah untuk kegunaan sendiri.
Menggunakan kayu Jeliti atau Betuh untuk menghasilkan umpan, Azizul setakat ini telah berjaya memasarkan pelbagai jenis umpan seperti Buzz Peak, Spinnner Bait, Pencil, Jump Frog dan lain-lain menerusi jenamanya sendiri, Atoklure.
Laporan Mojo Sinar Harian Kubang Pasu, ROSHILA MURNI ROSLI
 

Komen
Berita Terkini