Now Playing Ahmad Faizal mulakan tugas

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu memulakan tugas rasminya hari ini.
Beliau tiba di Pejabat Menteri Besar Perak kira-kira jam 8 pagi sambil diiringi Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal yang menanggung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri.
Turut sama menyambut beliau, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak.
Hadir sama dengan beliau, beberapa Adun Harapan antaranya Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari; Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing; Adun Teja, Sandrea Ng; Adun Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan beberapa Adun lain.
Ahmad Faizal dijangka mengadakan sidang media pertamanya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada jam 11 pagi ini. Laporan MOJO Sinar Harian Perak, Saifullah Ahmad.

Komen
Berita Terkini