Now Playing 2,000 bungkus nasi briyani juadah buka puasa

Persatuan India Muslim Perak (PRIM) mengedarkan sebanyak 2,000 bungkus nasi briyani secara percuma kepada orang ramai di perkarangan Masjid India Muslim Ipoh, baru-baru ini.
Program yang dianjurkan sejak 2013 itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai, khususnya umat Islam di sekitar Ipoh.
Orang ramai juga didapati tidak mahu ketinggalan mendapatkan bubur lambuk secara percuma di masjid berkenaan.
Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Komen
Berita Terkini