Now Playing 10 Exco Kerajaan Negeri angkat sumpah

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi yang juga Adun Manjoi mengetuai 10 wakil rakyat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi perlantikan Exco Kerajaan Negeri  di Istana Iskandariah, semalam. Turut mengangkat sumpah adalah Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin (Sungai Rapat) Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi),  A. Sivanesan (Sungkai), Paul Yong Choo Kiong (Tronoh), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau), Wong May Ing (Pantai Remis), Tan Kar Hing (Simpang Pulai), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Titi Serong) dan  Howard Lee Chuan How (Pasir Pinji). Bagaimanapun portfolio bagi kesemua exco yang dilantik dijangka hanya akan diketahui Isnin, ini. Laporan skuad MOJO Sinar Harian Edisi Perak, Ridauddin Daud dan Shahrizal Ahmad Zaini.

Komen
Berita Terkini